http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQUD-UJ0L0Ckbh8CdpFnBViNpONiDTFZV7yTgKCkj72GjuB1njCUg friends: persahabatan antara spongebob dan patrick

Click here for Myspace Layouts


teman adalah sahabat

Rabu, 09 Februari 2011

persahabatan antara spongebob dan patrick








     Hari ini hari minggu bersamaan dengan 1hb Ogos 2010. Kawan-kawan semua macam mana? Sihat? Sudah bersedia untuk menyambut kedatangan tetamu yang sangat istimewa setiap sekali setahun? Sudah pasang gear berapakah kita semua? Harap-harapnya tinggal pecut sajalah, kan.
Oh. Hari ni seperti biasa selepas sarapan pagi saya layan tv sekejap. Selalunya, rancangan pilihan saya adalah kartun/komik/anime dan yang sama waktu dengannya. Tukar punya tukar rancangan, akhirnya rancangan Spongebob pun ditayangkan.
Sebelum itu, kalau rasa post ini tidak bermanfaat. Don’t read.
Dalam menonton kelakuan Spongebob yang tersangatlah memang kartun. Saya tertarik dengan sedikit pengorbanan dan kesungguhannya terhadap sahabatnya, Patrick. Sesiapa yang pernah tengok cerita Spongebob ni, maka akan sedia maklum dengan pe’el si Patrick yang agak tak bersih sedikit berbanding Spongebob.
Bekerja sama




   Saya tertarik dengan kesungguhan dua sahabat ini mencari pelanggan bagi menjual burger seperti mana yang diarahkan oleh bos mereka, Mr. Crab. Pelbagai ikhtiar yang dilakukan. Dalam masa itu, kedua-duanya berusaha.
  Setelah daging burger hangus, laku juga akhirnya kerana dibuat batu untuk membaling si lipas kecik. Err. Sudah lupa namanya.
Saya pendekkan jelah bab ni. Akhirnya burger mereka habis terjual dengan usaha gila-gila oleh dua sahabat ni. Tiada perkara yang menggembirakan keduanya melainkan melihat hasil usaha gila-gila yang telah dibuat.
     Maka, begitu juga dengan kita sebagai manusia ini. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti ada imbalan dari usaha yang kita kerjakan. Asal jangan usaha gila-gila seperti Spongebob dan Patrick tadi sudah.
Tolong menolong juga adalah aspek yang terpenting dalam bekerja secara berkumpulan. Kalau sudah namanya berkumpulan, maka semua memainkan peranan. Jika ada salah seorang yang tidak bertanggungjawab, atau pun dalam sebuah jemaah itu hanya seorang sahaja yang bekerja keras, mesti ada kepincangan atau kecacatan yang berlaku.
Merayu hehehe
Melihat Spongebob dan teringat kembali saat-saat dia bergaduh dengan Patrick, ada sesuatu yang menerjah ruang fikiran saya.


Oh. Saya kira, bukan sekali dua juga Spongebob dan Patrick bergaduh dan merajuk sesama sendiri rasanya. Setiap kali ditontonkan, pasti ada saja yang dirajukkan oleh Patrick. Dan ada sahaja yang dimarahkan oleh Spongebob. Tetapi selalunya, Spongebob lah yang akan memujuk Patrick.
Kisah yang manis.
Maka saya teringatkan pula hubungan persahabatan. Pasti ada rajuk, salah faham, perselisihan faham dan sebagainya. Bagi saya, itu memang sudah menjadi lumrah dalam hubungan persahabatan. Ada pasang dan surutnya.
Dan terpulang kepada kita dalam menangani badai yang menyapa keutuhan tali persahabatan. Bukan kita tidak tahu, berapa ramai persahabatan sejati kononnya terputus begitu sahaja dek tidak pandai mengawal emosi dan menangani dengan rasional masalah yang dihadapi.
Mari ambil pengajaran seperti biasa yang dilakukan oleh Spongebob kepada Patrick. Hehe. Spongebob akan memujuk Patrick dan memberitahu kebenaran tentang apa yang dirajukkannya. Selepas itu Spongebob akan memikat hati Patrick dengan benda/makanan kegemaran Patrick pula. Mungkin kita boleh belajar sedikit dari Spongebob.
Baik buruk Sahabat
Ini yang berlaku kepada Patrick dan Spongebob tadi pagi.
Patrick seorang yang tidak mengambil berat akan kebersihan. Sedikit malas di situ. Manakala Spongebob pula adalah sikit, pembersih sikit dari Patrick.
Tadi, Spongebob tahu Patrick tidak basuh tangan setelah sekian lama. Haha. How could it be? Tidak pakai deodoran? Tidak potong kuku kaki dan banyak lagilah.
Kerana hendak melihat sahabatnya bersih, maka Spongebob berusaha sedaya upaya untuk membersihkan anggota tubuh sahabatnya. Seperti memberus gigi, membasuhkan tangan, menyemburkan deodoran dan membersihkan kuku kaki Patrick.
Semua itu Spongebob lakukan walaupun Patrick berkeras tidak mahu dan macam-macam juga dilakukannya untuk menghalang Spongebob. Isn’t it cute?
Spongebob terus membujuk, dalam masa yang sama juga bertindak walaupun Patrick menghalang dengan seribu cara. Sebab apa Spongebob buat semua tu? Sebab nak melihat sahabatnya bersih dan tidak kotor.
Tersenyum.
Bila diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Seharusnya hubungan persahabatn seperti itu. Bukan sahaja dalam hubungan persahabatan, tetapi hubungan dengan semua manusia.
Dengan sahabat, kerana kasihnya kita padanya. Maka kita pasti akan nasihat dan nasihat serta berusaha dalam masa yang sama. Tegur apabila ada perkara yang terlepas pandang olehnya. Sebab, kita ni manusia. Memang selalu sangat terlepas pandang dalam kehidupan sehari-hari.
Menutup aib saudara sendiri sesuatu yang sangat dipuji ALLAh. InshaALLAh, di akhirat nanti. ALLAh pula akan menutup dan memelihara keaiban kita. Untuk kita, jangan diheboh-hebohkan keburukan saudara kita jika hebohan itu hanya sekadar membongkar keburukannya. Melainkan kita ceritakan hanya untuk sekadar pengajaran. Pun begitu, penceritaan harus berpada-pada.
Dalam pengotor-pengotor si Patrick pun, Spongebob tidak tinggalkan. Malah membantu Patrick untuk mengajar erti kebersihan. Ya, walaupun terpaksa menelan bau badan si Patrick yang membuatkan Spongebob hampir pingsan. Haha.
Benarlah.. Susuli perbuatan yang tidak elok itu dengan perbuatan yang elok lagi terpuji. Bukan menyusuli sesuatu perkara itu dengan keburukan dan penghinaan.
Bersahabat itu mengasyikkan….wkwkwkwkwkwk lucuuu..!!
jangan menyesal untuk bersahabat ya..!



0 komentar:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Posting Komentar